
Terjumpa penawar kanser dengan surah Al Fil. Siapa yang ada kenalan atau sedara mara yang ada masalah kanser, cyst, atau fybroid, boleh lah tag atau share post. Mudah-mudahan post ni bermanfaat untuk mereka.
PENAWAR KANSER dengan surah Al Fil.
Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser :
1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.
2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.
3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!
(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)
* Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.
* Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.
* Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.
*Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.
“Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt”.
Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.
Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimanfaatkan. Aminnn.
“Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.”