Mata Berkedip Sebelah Kiri @ Kanan, Apa Puncanya?

Mata berkedip sebelah kiri @ kanan, apa puncanya?

Ada yang mengatakan, andai mata kiri berkelip, ia tanda musibah bakal berlaku. Manakala, jika mata berkedip sebelah kanan pula adalah petunjuk untuk perkara baik.

Karut semua ini, jangan terlalu percaya ya! Ini kerana menurut Dr. Mark Blecher, Pakar Bedah Mata dan Pengarah Penjagaan Mata Primer Hospital Wills Eye, keadaan mata ini sangat biasa berlaku.

Apabila bawah mata kanan bergerak, otot kelopak mata anda (dikenali sebagai orbicularis oculi) sedang alami kekejangan, jelas Dr. Blecher.

Ia boleh berlaku beberapa kali berturut-turut dan kemudian terhenti sendiri. Bagi sesetengah individu pula, ia boleh berlaku lagi pada hari yang sama.

Keadaan bawah mata kanan bergerak boleh berlaku sama ada pada salah satu mata (kanan atau kiri), dikenal pasti oleh doktor sebagai eye twitch atau nama saintifiknya, blepharospasm.

Pakar berpendapat ia boleh dikaitkan dengan:

✅Keletihan

✅Stres/tekanan

✅Pengambilan kafein/alkohol berlebihan

✅Menghadap skrin komputer terlampau lama

✅Alergi

✅Sakit kepala

Sumber : hellodoktor.com