
![]()
KHASIAT BAWANG MERAH ![]()
![]()
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa bawang merah mempunyai khasiat yang banyak terutama kepada kesihatan.
la sudah digunakan secara berkurun lamanya
untuk merawat pelbagai penyakit termasuk juga digunakan dalam rawatan tradisional.
Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan
yang boleh diperolehi daripada bawang ini:
1. Menguatkan sistem ketahanan badan
Bawang merah kaya dengan vitamin C yang merupakan sejenis antioksidan. Kehadiran vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.
Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit
jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan. Kandungan quercetin dan
antosianin di dalamnya dipercayai mampu melawan dan menghancurkan sel kanser dalam badan.
la turut mengandungi selenium, yang dipercayai mampu meningkatkan sistem imun.
2. Membantu penghadaman
Oleh sebab bawang ini kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.
Serat juga membersihkan usus serta membuang kotoran di dalam badan dan mencegah masalah sembelit.
Bawang juga mengandungi bahan kimia saponin yang boleh mengurangkan sakit dan kekejangan perut.
3. Antipenuaan, antara khasiat bawang merah
Khasiat daripada antioksidan bukanlah satu yang baru dan misteri.
Antara punca penuaan adalah pengumpulan radikal bebas di dalam badan.
Di samping membekalkan antioksidan, ia juga
merangsang penghasilan antioksidan di dalam badan.
Selain itu, bawang juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.
4. Tingkatkan hemoglobin
Penghidap anemia mempunyai kadar
hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah
sejenis protein di dalam sel darah merah yang
dihasilkan daripada zat besi.
la berfungsi membawa oksigen di dalam darah. Bawang merah mengandungi kadar zat besi yang baik. la sekali gus membantu meningkatkan zat besi serta hemoglobin di
dalam badan.
5. Mengawal kadar glukosa
Mineral kromium di dalam bawang membantu mengawal kadar gula dalam darah. Perkara ini adalah sangat penting bagi individu yang sedang mengalami diabetes atau prediabetes.
Sulfur di dalamnya pula merangsang penghasilan insulin. Khasiat ini adalah
bermanfaat khusus bagi mereka yang mengalami kencing manis.
Sebatian khusus yang terdapat dalam bawang, seperti sebatian quercetin dan sulfur, mempunyai kesan antidiabetik.
Sebagai contoh, quercetin telah ditunjukkan untuk berinteraksi dengan sel-sel dalam usus kecil, pankreas, otot rangka, tisu lemak dan hati untuk mengawal peredaran gula darah seluruh
badan.
6. Mencegah keradangan
Kandungan quercetin pada bawang merah
dipercayai dapat meredakan radang.
Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kepala yang disebabkan selesema dan hidung
tersumbat.
Hal ini disebabkan oleh kandungan sulfur pada bawang merah yang mampu memecahkan mukus.
7. Meningkatkan kesihatan jantung
Kandungan flavonoid pada bawang merah ini dapat membantu fungsi jantung.
Selain itu, kandungan organosulfur pada bawang ini dapat mencegah risiko munculnya penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, bahan masakan paling popular ini juga mengandungi tiosulfinat yang dapat mengurangkan dan menurunkan risiko penyakit strok (angin ahmar).
8. Meningkatkan kualiti tidur
Bawang mempunyai probiotik yang dapat
membantu meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan.
Di samping itu, dikatakan terdapat bakteria baik dalam bawang ini yang dipercayai dapat
merangsang fungsi otak dengan lebih baik.
9. Baik untuk mata
Kandungan sulfur yang terdapat pada bawang merah ternyata baik untuk kesihatan mata.
Zat tersebut mampu merangsang produksi
protein laitu glutathione, yang berperanan
sebagai antioksidan.
Vitamin E yang terkandung pada bawang merah sangat baik untuk mata.
10. Ketumpatan tulang
Sememangnya produk tenusu merupakan antara makanan terbaik yang dapat menjaga dan meningkatkan kesihatan tulang.
Tetapi selain itu, bawang juga dipercayai dapat menyokong pertumbuhan tulang yang kuat.
Dipercayai bawang ini berkeupayaan untuk
mengurangkan tekanan oksidatif, meningkatkan tahap antioksidan dan mengurangkan kehilangan tulang, mencegah osteoporosis dan meningkatkan ketumpatan tulang.
11. Melawan bakteria
Salah satu khasiat bawang merah
Bawang boleh melawan bakteria berbahaya
seperti Escherichia coli (E. coli), Pseudomonas
aeruginosa, Staphylococcus aureus (S. aureus) dan Bacillus cereus.
Tambahan pula, ekstrak bawang menunjukkan ia membantu menghalang pertumbuhan Vibrio cholerae, bakteria yang menjadi kebimbangan kesihatan awam utama di negara yang membangun.
Quercetin yang diekstrak dari bawang dipercayai menjadi satu kaedah yang sangat kuat untuk melawan bakteria.
Dalam satu kajian, quercetin yang diekstrak daripada kulit bawang kuning berjaya
menghalang pertumbuhan Helicobacter pylori (H.pylori) dan Methicillin-resistant
Staphylococcus aureus (MRSA). H. pylori adalah bakteria yang dikaitkan dengan
ulser perut dan kanser pencernaan tertentu,
sementara MRSA adalah bakteria yang menghalang antibiotik yang mengakibatkan jangkitan pada bahagian-bahagian badan yang tertentu.
12. Melawan kanser
Memakan sayuran seperti bawang putih atau bawang merah dipercayai mempunyai kaitan untuk mengurangkan risiko kanser tertentu seperti kanser perut dan kanser kolorektal.
Bawang juga mengandungi fisetin dan quercetin, antioksidan flavonoid yang dipercayai boleh menghalang pertumbuhan tumor.
13. Merawat gigi
Bawang mentah sememangnya boleh
membuatkan nafas kita berbau. Tetapi dalam
masa yang sama ia amat berguna untuk
membantu meningkatkan tahap kesihatan mulut.
Antara khasiat bawang merah mentah
dipercayai dapat menguatkan gigi dan dalam
masa yang sama menghilangkan bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.
14. Asma & pernafasan
Antara khasiat bawang merah
Bawang mempunyai kesan antihistamin kerana terdapat quercetin, antioksidan yang bertindak seperti antihistamin dan agen antiradang.
Bawang dipercayai dapat membantu
mengurangkan asma kerana ia bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan menunjukkan bahawa quercetin menyebabkan bronkus, iaitu saluran pernafasan untuk menjadi lebih luas
Sumber : hellodoktor.com