Kenapa RAMBUT SEMAKIN NIPIS!?

Kenapa RAMBUT SEMAKIN NIPIS ⁉️

👴🏻Sejarah keluarga (keturunan) Keadaan ini disebut alopecia androgenik, kebotakan pola lelaki dan kebotakan wanita.

👴🏻Perubahan hormon

Pelbagai keadaan boleh menyebabkan keguguran rambut kekal atau sementara, termasuk perubahan hormon akibat kehamilan, kelahiran anak, menopaus dan masalah tiroid.

👴🏻Kesan ubat & suplemen –

Ubat-ubatan tertentu seperti yang digunakan untuk

kanser, arthritis, kemurungan, masalah jantung. gout dan tekanan darah tinggi.

👴🏻Terapi sinaran di kepala –

Rambut mungkin tidak tumbuh kembali sama seperti sebelumnya.

👴🏻Terlalu stres –

Ramai orang mengalami penipisan rambut beberapa bulan selepas kejutan fizikal atau emosi. Rambut gugur jenis ini bersifat sementara.

👴🏻Rawatan gaya rambut –

Gaya rambut yang berlebihan menarik rambut dengan ketat, seperti pigtail atau cornrow, boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut yang disebut traction alopecia.

Sumber : Hellodoktor