Faktor Risiko Gangrene

Pencegahan Gangren

Pencegahan gangren boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

⚫Bagi pesakit kencing manis, sentiasa perhatikan keadaan kaki untuk mengesan jika terdapat luka atau tanda jangkitan seperti bengkak, kemerahan dan lelehan. Juga cuba mengawal paras gula dalam darah.

⚫Jika anda berlebihan berat badan, cuba kuruskan badan. Berat badan yang ideal boleh mengurangkan risiko diabetes dan penyempitan arteri.

⚫Berhenti merokok atau elakkan pendedahan kepada asap rokok.

⚫Cegah jangkitan dengan sentiasa membersihkan luka terbuka dengan sabun dan air, dan pastikan luka itu kering sehingga sembuh.

⚫Berhati-hati dengan suhu yang sangat sejuk, contohnya pada musim sejuk di luar negara atau di puncak gunung yang tinggi, kerana radang dingin boleh berlaku.

Sumber : alodoktor.com