
Jenis Jenis Durian
1. Musang King
Musang King yang juga dikenali sebagai Raja Kunyit, Cat Mountain King atau βMao Shan Wangβ (dalam bahasa Cina) adalah jenis durian yang paling popular di Malaysia. Buahnya bersaiz sederhana besar, bulat membujur dan berkulit hijau muda. Manakala isinya tebal, berwarna kuning keemasan, rasa lemak, pahit dan berkrim.
Buah ini juga dikenali dengan nama golden pillow. Berwarna kuning pucat dan sedikit keputihan, teksturnya adalah sedikit berair dan bau yang tajam selain rasa pahit. Buah ini lazimnya tumbuh dari pokok lama dan bukan hibrid. Jadi, ia memberi rasa buah durian yang sebenar dan sukar diperolehi kecuali di sebelah selatan Malaysia seperti Johor.
3.XO
Nama βXOβ dari rasa yang ditapai dan tekstur yang sangat lembut, ulasnya yang kecil tetapi mempunyai isi yang tebal. Bagi mereka yang ingin mencuba βdurian manis yang tidak tipikalβ, ini adalah salah satu alternatif kerana isinya mempunyai rasa pahit. Jenis ini adalah antara jenis yang paling mudah diperolehi, dijual di semua gerai buah.
4.D24
Buah jenis ini juga dikenali sebagai Durian Sultan dan merupakan salah satu spesies buah yang terkenal bersama Musang King. Isinya berwarna kuning kekuningan, tekstur berkrim dengan rasa pahit.
5.D13
Tidak seperti jenis lain yang disebutkan di atas, jenis D13 berwarna oren. Isinya manis, kurang berbau, kurang berserat, dengan biji besar dan mudah dimakan. Jika anda pertama kali mencuba, mungkin ini jenis buah yang sesuai. Buah ini juga dikenali sebagai Super Red Prawn.
6.D101
Durian jenis ini berwarna kuning kusam dan berperasa sedikit manis berkrim, jadi ia sesuai bagi mereka yang hanya mahukan rasa kemanisan. Kanak-kanak lebih menyukai jenis ini kerana ia juga bertekstur lembut.
7.Udang merah
Nama udang merah berasal dari warna oren kemerahan yang mencolok berbanding spesies durian lain. Juga dikenali sebagai Hong Xia, Ang Hay, buah ini sedikit melekit dan mempunyai rasa kemanisan.
8.Green Bamboo
Pernah lihat jenis durian yang berwarna kuning kusam dengan bayangan hijau? Maka anda sedang melihat jenis green bamboo atau nama lainnya, Qing Zhu. Durian jenis ini mempunyai isi yang manis dan kaya dengan serat makanan. Isinya tebal dengan biji yang kecil, biasanya boleh didapati di gerai buah.
9.Black Pearl
Durian jenis ini mempunyai isi yang berwarna kuning pucat seperti mutiara. Ia licin dan berkrim dalam tekstur, tetapi sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil. Buah ini sangat mengenyangkan dan antara jenis yang mesti dicuba.
Sumber : Hellodoktor.com