Cermin Mata & Kanta Lekap

🕶️Kelebihan memakai kaca mata👓

Seperti yang kita tahu, penggunaan cermin mata cukup mudah dan tidak memerlukan pembersihan khas mahupun penjagaan yang spesifik seperti contact lens rabun jauh.

Selain itu, anda boleh memilih daripada pelbagai bentuk bingkai yang sesuai dengan gaya dan bentuk muka.

Selain itu, anda juga tidak perlu menyentuh mata dan boleh menanggalkan cermin mata dengan mudah dan meletakkannya pada bila-bila masa yang anda mahukan.

🕶️Kekurangan memakai kaca mata👓

Cermin mata boleh ‘memutarbelitkan’ penglihatan, terutama di tepi lensa jika anda mempunyai power atau astigmatisme yang kuat.

Di samping itu, segelintir individu mungkin tidak suka rasa berat di sekitar hidung atau tekanan pada telinga.

Sebilangan individu pula mungkin tidak menyukai cara mereka kelihatan dengan pemakaian cermin mata, berbeza dengan contact lens rabun jauh.

Banyak orang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan lensa progresif.

Ditambahkan lagi dengan masalah kabus apabila beralih suhu dari satu tempat ke tempat yang lain, ataupun terpercik dalam hujan- ini boleh menjengkelkan si mata empat ini.

Pemakaian kaca mata juga kurang sesuai apabila terlibat dengan aktiviti fizikal terutamanya yang lasak seperti bermain bola, ragbi dan sebagainya.

🥽Kelebihan memakai contact lens rabun jauh🕶️

Ia mampu memberi anda penglihatan yang lebih semula jadi berbanding memakai kaca mata.

Tambahan itu, kanta lekap untuk rabun jauh juga dapat bergerak seiring dengan mata, dan tidak akan menghalang penglihatan.

Berbeza dengan cermin mata, pemakai contact lens juga tidak akan bergelut dengan masalah kabus pada kanta atau basah ketika hujan mahupun cuaca sejuk.

Ia juga sesuai digunakan apabila bersukan kerana tidak akan menghalang anda apabila melakukan aktiviti fizikal.

🥽Kekurangan memakai contact lens rabun jauh👓

Kanta lekap sememangnya memerlukan penjagaan lebih banyak dan cerewet berbanding cermin mata.

Ini kerana, anda mesti membersihkn dan menyimpannya dengan cara betul.

Anda boleh mendapat jangkitan mata serius jika tidak mengamalkan rutin pembersihan dengan baik atau tidak mencuci tangan sebelum memakainya.

Sekiranya mempunyai masalah astigmatisme tinggi, penglihatan anda mungkin menjadi kabur apabila lensa bergerak.

Sumber : hellodoktor.com