
Cara Defrost Salah Boleh Sebabkan Keracunan!
Daging dan ayam mentah jika dibiarkan diluar adalah ‘syurga’ buat kuman dan bakteria. Kerana ia akan membuatkan kuman dan bakteria semakin membiak! Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) atau gunakan defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.
Kesan Cara Defrost Yang Salah
Cara defrost yang salah boleh menyebabkan keracunan makanan yang berpunca dari dalam bahagian ayam yang masih belum cair sepenuhnya tetapi sudah terus dimasak. Keracunan disebabkan oleh kuman dan bakteria yang membiak di bahagian dalam daging.
Jika tetap mahu biarkan daging mencair di dalam sinki, pastikan kurang dari 4 jam sebelum dimasak untuk mengelakkan bakteria dan kuman membiak
Sumber : Google