
Apakah yang disebut sebagai MSG?
MSG adalah singkatan daripada monosodium glutamat iaitu sejenis penambah perisa yang terdiri daripada garam natrium asid glutamat.
Secara khususnya, MSG ini adalah asid amino yang dihasilkan menerusi proses penapaian kanji yang diadun bersama gula, tebu dan molase.
Ia sangat kerap dikaitkan dengan mi segera yang dikatakan merupakan antara makanan dengan kandungan MSG yang sangat tinggi.
Selain mi segera, ia juga sebenarnya terdapat dalam banyak lagi makanan lain terutamanya makanan yang diproses dan ditinkan.
Berikut adalah senarai antara jenis kategori makanan yang mengandungi MSG:
Mi segera
Makanan ringan
Makanan segera
Makanan sejuk beku
Bahan perasa makanan
Daging yang diproses
Sup
Sos
Snek
Apa yang membimbangkan kini, penambah perisa ini sudah menjadi popular di seluruh dunia dan telah dianggap rencah utama dalam diet sehari-harian manusia.
Persoalannya, adakah MSG ini benar-benar mendatangkan kesan buruk terhadap kondisi kesihatan kita semua?
Adakah ia tidak bagus untuk kesihatan?
Telah wujud banyak kajian yang mengaitkan MSG dengan masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan, peningkatan tekanan darah, pening kepala dan lain-lain.
Penyelidikan lain juga menunjukkan monosodium glutamat ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak manusia.
Berdasarkan satu kajian tabung uji mendapati ia boleh menyebabkan pembengkakan dan kematian sel-sel otak yang telah matang.
Ada sesetengah individu juga mungkin akan mempunyai masalah kesihatan seperti kepekaan (sensitif) terhadap MSG dan harus mengehadkan pengambilannya.
Keadaan ini dikenali sebagai simptom kompleks MSG yang seringkali disalahertikan sebagai sejenis alahan.
Mereka yang mengalami keadaan itu mungkin berdepan gejala seperti sakit kepala, kekejangan otot, kebas dan kesemutan.
Gambar yang dikongsi
merupakan tanda² tubuh alahan pada MSG
Sumber : hellodoktor.com