
Apa itu gout
Secara ringkasnya, gout terjadi disebabkan asik urik yang berlebihan dalam badan. Asik urik pula adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein dipanggil purin, yang dibuang melalui air kencing.
Namun bagi pesakit gout, asid urik berlebihan ini tidak dibuang sebaliknya berkumpul dalam sendi. Penyakit ini merupakan antara penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak dahulu lagi. Kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun antara yang sering menghidapi penyakit ini dan ia jarang sekali dihidapi kaum wanita sebelum putus haid
5 Makanan Yang Dapat Menurunkan Asid Urik, Penting Kalau Anda Ada Gout!
#1. Variasi jenis buah
Pertama, ramai pakar menyarankan agar mereka yang ada gout kerap mengambil ceri kerana buah ini mengandungi antosianin, yang mampu mencegah asid urik membentuk kristal dan memendap di sendi.
Dalam pada itu, buah pisang, epal dan satu keluarga sitrus yang tinggi kandungan vitamin C sudah pasti bagus untuk membantu menurunkan asid urik selain mendatangkan pelbagai manfaat daripada nutrisi lain.
#2. Minuman berkafein
Minuman berkafein seperti kopi dan teh mungkin boleh membantu menurunkan asid urik. Buktinya, kajian melibatkan lebih 2 ribu individu yang minum kopi atau teh sekitar 5 cawan sehari, memiliki 7% kadar asid urik lebih rendah.
Dalam pada itu, ia juga dipercayai mampu mengurangkan kebengkakan dan kesakitan pada sendi akibat kondisi gout.
#3. Makanan berserat
Makanan berserat yang terdiri daripada tumbuhan, bijian, sayuran dan kekacang mampu membantu sistem pencernaan mencegah penyerapan purin secara berlebihan. Ini sekali gus akan menurunkan paras asid urik di dalam tubuh badan.
Tambahan itu lagi, ia turut dipercayai bakal menggalakkan lagi proses perkumuhan asid ini di dalam darah serta usus.
#4. Produk tenusu
Antara makanan yang dapat menurunkan asid urik lain adalah produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan lain-lain.
Menurut kajian yang melibatkan susu lembu, pengambilan produk hasil daripada haiwan ini akan menurunkan risiko gout ekoran ia dapat meningkatkan hampir 40% aktiviti perkumuhan asid urik daripada tubuh badan!
#5. Vitamin C bagus untuk gout
Buat pesakit gout, anda mungkin tahu bahawa cara tradisional menurunkan asid urik adalah dengan mengambil suplemen atau diet yang tinggi dengan vitamin C dan ia antara langkah efektif.
Alasannya, pengambilan sebarang jenis sumber vitamin ini sekitar 500 gram sehari sudah cukup untuk menurunkan paras asid urik. Kesannya, anda sudah pasti dapat mengurangkan lagi risiko masalah gout.
Apa lagi cara menurunkan asid urik lain?
Selain daripada pengambilan ubatan dan makanan yang tepat, kalian juga boleh mengawal asid urik lantas mencegah masalah gout daripada berlaku dan berulang dengan beberapa langkah penting berikut:
Minum air kosong dengan lebih kerap
Buang tabiat buruk seperti mengambil alkohol, rokok atau dadah
Mengekalkan berat badan yang ideal
Mengelakkan stres dan masalah emosi
Sumber : hellodoktor.com