
TERAPI “Grounding Method”
Penyembuhan diri dengan cara menghayati atau menghubungkan diri dengan bumi dan alam semulajadi ciptaan Tuhan.
Teknik uni telah diperkenalkan sejak zaman dahulu lagi. Bumi merupakan medan tenaga elektromagnetik yang koheren dapat menyeimbangkan mengekalkan
keadaan yang harmoni setiap elemen yang
berhubung dengannya.
BAGAIMANA IA BANTU URUS STRES?
Medan bumi mempunyai gelombang
elektromagnetik dengan julat rendah iaitu 7.8 Hz yang dikenali sebagai “Schumann Resonance”. Tubuh badan manusia dalam keadaan tenang dan tenteram mempunyai getaran gelombang yang sama dengan getaran bumi pada frekuensi 7.8 Hz.
Individu dalam keadaan stres berkecenderungan mempunyai tahap gelombang Beta iaitu pada 12-25Hz.
Oleh itu dicadangkan individu tersebut pergi
bersantai dengan alam semula jadi dalam masa 15 hingga 30 minit.
Dengan cara itu gelombang pada tubuhnya dan tenaga cas elektromagnetiknya dapat dineutralkan dan diseimbangkan semula dengan cara semulajadi.
Planet bumi dengan sistem biologi semulajadi telah membantu manusia dalam meningkatkan kesejahteraan mental, emosi dan fizikal. Ia juga membantu meningkatkan daya hidup, tahap kesihatan, kesejahteraan dan jangka hayat yang berpanjangan.
TEKNIK “Grounding Method”
Antaranya ialah berjalan tanpa kasut (berkaki ayam) di atas tanah atau pasir, membaca buku atau berbaring di atas tanah atau di bawah pokok, bersiar- siar di taman, berkelah di tepi pantai atau air terjun atau sungai atau tasek, bermain di padang permainan, memeluk pokok, mandi, merendam diri
dalam air, meredah hutan, mendaki bukit, merendam kaki dalam air garam dan sebagainya.
Ringkasnya: Gelombang bumi dan alam semulajadi adalah gelombang teraputik yang membantu penyembuhan stres dan memberi kesembuhan, ketenangan dan rileksasi kepada minda, tubuh dan emosi.
Anda rasa info ini bermanfaat! sila LIKE and SHARE fb ini kepada rakan-rakan anda.
Kredit kepada penulis.