
Hati-hati Mama, 4 Perkara Ini Boleh Jadi Sebab Luka Czer Terbuka Kembali!
Perkara berikut boleh menjadi punca bahagian caesarean terbuka kembali:
Ketegangan & tekanan
Terlalu banyak tekanan pada perut boleh menyebabkan jahitan longgar atau koyak.
Tekanan yang tinggi boleh wujud pada bahagian czer apabila anda mengambil atau mengangkat sesuatu yang berat seperti anak kecil atau beg barangan runcit, memanjat tangga atau cuba bersenam terlalu awal.
Proses penyembuhan lemah punca luka czer terbuka
Ada kalanya proses penyembuhan boleh menjadi lambat disebabkan keadaan genetik atau disebabkan oleh masalah perubatan, contohnya seperti diabetes atau obesiti.
Keadaan tersebut boleh mengakibatkan penyembuhan tidak sekata atau potongan pembedahan terpisah dan terbuka.
Nekrosis
Tidak mendapat darah dan oksigen mencukupi ke bahagian caesarean juga boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lambat.
Dalam sesetengah kes, sel-sel kulit di tepi tempat pemotongan mungkin βmatiβ kerana tidak mendapat oksigen dan nutrisi yang mencukupi. Keadaan itu disebut sebagai nekrosis.
Sel-sel mati tidak boleh tumbuh dan bergabung bersama untuk menyembuhkan luka, ini sekali gus membawa kepada pembukaan bahagian C-Section.
Jangkitan
Jangkitan di bahagian pemotongan caesarean akan melambat atau menghentikannya daripada sembuh dengan betul. Ia boleh berlaku disebabkan bakteria atau kuman.
Dalam prosedur pembedahan biasa, anda biasanya akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan. Walau bagaimanapun, selepas pembedahan biasa yang tidak rumit, antibiotik tidak diberikan.
Jadi sekiranya dijangkiti, tubuh akan bertindak melawan kuman dan ia mungkin tidak dapat melakukan proses penyembuhan dengan betul dalam masa yang sama.
Sumber : hellodoktor.com