
Kepala Rasa Berpusing Saat Seorang Diri Di Rumah ![]()
Cuba 4 Teknik Ini Rawat Vertigo
Apa itu vertigo ![]()
![]()
Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua tahu akan definisi sebenar kondisi yang berkait rapat dengan sakit kepala ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, vertigo adalah satu keadaan di mana penderita akan berasa persekitaran atau diri sendiri sedang berputar sedangkan hanya berdiri tegak sahaja.
Ia adalah berkaitan dengan sistem keseimbangan tubuh badan yang kuncinya terletak pada pancaindera telinga.
Umumnya, pening kepala kesan masalah vertigo ini bukanlah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa namun boleh menjejaskan kehidupan seharian individu.
Dalam situasi sedang memandu misalnya, mengalami vertigo secara tiba-tiba akan meningkatkan risiko kecederaan atau kemalangan kepada anda serta orang lain.
Selain daripada berasa kepala seakan berputar, vertigo juga boleh menyebakan gejala seperti mual dan muntah.
Persoalannya, apakah punca sebenar kondisi ini berlaku![]()
![]()
Apa punca vertigo![]()
![]()
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, kondisi ini ada kaitannya dengan sistem keseimbangan tubuh badan yang terletak pada pancaindera telinga.
Ini bermakna masalah yang berlaku pada dalaman telinga akan menyebabkan sistem otak mungkin bakal menerima isyarat yang salah lantas menyebabkan ia berlaku.
Berikut adalah beberapa punca lain yang menyebabkan kondisi vertigo:
Penyumbatan pada rongga telinga – Kondisi kesihatan seperti selesema, alahan atau jangkitan pada sinus akan menyebabkan cecair tersumbat pada tiub eustachio yang menghubungkan telinga dengan sinus
Kecederaan kronik pada kepala – Kadangkala, bahagian dalaman telinga tidak terjejas namun kecederaan kepala mungkin menyebabkan gegaran sehingga muncul simptom vertigo
Labyrinthitis – Ia merupakan kondisi yang disebabkan oleh jangkitan lantas menjejaskan labyrinth iaitu bahagian dalaman telinga
Meniere’s disease – Penyakit sindrom ini menyebabkan penghasilan cecair yang tidak normal pada bahagian dalam telinga lantas muncul kondisi ini, telinga berdengung serta hilang pendengaran
Benign paroxysmal vertigo – Antara simptom kondisi ini adalah timbul sensasi seakan-akan sedang berpusing yang tidak dijangka, hilang keseimbangan serta muntah-muntah
Migrain
– Terdapat jenis migrain iaitu basilar artery migraine yang mampu menyebabkan kondisi ini serta sakit kepala
Walau apapun puncanya, ia tetap merupakan suatu kondisi yang mengganggu kehidupan seharian kita ![]()