CARA MENYEJUKKAN TUBUH BADAN

CARA MENYEJUKKAN TUBUH BADAN

1. RENDAM KAKI DALAM AIR SEJUK

Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit, mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks.

Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.

2. BANYAK MINUM AIR KOSONG & MAKANAN MENGANDUNGI AIR

Semasa cuaca panas tingkatkan pengambilan air kosong dan makanan atau buah-buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberry & sup.

3. SAPU LIDAH BUAYA

Lidah buaya boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah. Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk.

4. MAKANAN BEREMPAH

Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk.

Selain itu, terdapat beberapa lagi bahan yang boleh digunakan untuk menyejukkan tubuh badan seperti:

Teh pepermint

Daun sederi dan timun

Minum air kelapa

Semoga ilmu petua ini dapat membantu anda semua!

Sumber : Siraplimau.com

#sejukbadan#musimpanas