Apakah simptom-simptom perut kembung.

Apakah simptom-simptom perut kembung⁉️

Simptom lazim perut kembung sukar untuk dikenal pasti, tetapi kebanyakan individu menyatakan perasaan kurang selesa ketika perut kembung dan keras, rasa ketat atau bengkak pada bahagian abdomen.

Selalunya, ia disertai dengan rasa sakit, angin berlebihan (flatulence), kerap sendawa dan abdomen berbunyi.

Terdapat beberapa tanda dan simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempuyai sebarang kemusykilan berkaitan simptom yang dialami, sila berunding dengan doktor anda.

Sumber : hellodoktor.com