Hormon Testosteron Menurun??
Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

Hormon Testosteron Menurun??
Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

✅Pertama sekali, kalian perlu berjumpa doktor apabila sudah mula mencecah usia 40-an terutamanya jika mengalami simptom-simptom Low T.

✅Doktor akan menjalankan ujian darah untuk mengenal pasti kadar hormon ini namun ia perlu dilakukan beberapa kali kerana ia akan berubah setiap hari.

✅kebiasaannya, ujian ini perlu dilakukan pada waktu pagi kerana hormon testosteron akan berada pada tahap yang paling tinggi ketika ini.

✅Jika disahkan mengalami kondisi Low T, apa yang mungkin disyorkan oleh doktor adalah anda perlu menjalani terapi.

✅Antara jenis terapi yang wujud adalah dengan menggunakan metode gel untuk ditampal pada ketiak atau bahu lelaki.

✅Selain itu, wujud juga metode seperti suntikan ke dalam otot untuk meningkatkan kadar hormon ini secara perlahan-lahan.

✅Namun harus diingatkan bahawa individu yang mengalami kanser prostat tidak digalakkan menjalankan prosedur ini ya?

✅Konklusinya, jangan terlambat dan bertindak segera dengan berjumpa doktor untuk berbincang cara meningkatkan hormon testosteron.

sumber : Hellodoktor.com