
Cara Menurunkan Kolesterol Dalam Darah (Tanpa Makan Ubat)
Penjagaan aspek pemakanan
Anda perlu mengawal apa yang akan anda masukkan ke dalam mulut anda. Mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak haiwan dan kolesterol seperti:
Daging merah seperti lembu dan kambing
Susu penuh lemak (full cream) dan yogurt
Organ dalaman seperti hati, limpa, paru-paru atau otak
Kuning telur serta produk berasaskannya seperti kek dan biskut
Mentega, keju dan minyak kelapa sawit
Manakala anda perlu lebihkan makanan seperti:
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Bijirin oat dan barli
Tauhu
Kekacang tanpa garam seperti pistachio, badam, walnut atau gajus
Soya sebagai alternatif kepada susu dan yogurt
Ikan tinggi asid lemak omega-3 seperti salmon, makarel, sardin atau tuna
Cara penyediaan makanan
Selain mengurangkan makanan tinggi kolesterol secara langsung, anda juga boleh tukar cara penyediaan. Antara yang boleh dilakukan adalah:
Buang kulit dan lemak yang ada pada ayam atau daging sebelum memasak
Utamakan kaedah masak lebih sihat seperti merebus dan mengukus
Gunakan minyak sayur-sayuran berbanding minyak kelapa sawit untuk memasak
Kurangkan penggunaan minyak. Penggunaan kuali tidak melekat (non-stick pan) juga membantu
Berhenti merokok
Bersenam dan aktiviti fizikal
Mengurangkan berat badan
Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda memahami tentang kolesterol dengan lebih baik.
Ingatlah bahawa kesihatan kita amatlah penting dan kesihatan merupakan anugerah dari tuhan.
Jadi janganlah sia-siakan anugerah yang diberi, sebaliknya jagalah dan peliharalah untuk diri sendiri dan untuk keluarga.
Semoga bermanfaat.
Sumber : https://mykmu.net/…/cara-menurunkan-kolesterol-dalam…/