Makanan Dan Minuman Punca Sakit Kepala

Makanan dan minuman punca sakit kepala

  1. Kopi dan coklat terukkan sakit kepala
    ⛔Pernah tak anda rasa pening kepala jika terlepas minum kopi pada waktu pagi?

Untuk pengetahuan anda, inilah simptom sarak (withdrawal symptom) yang menghantui peminum kopi apabila mereka meninggalkan minuman ini secara tiba-tiba!

Kopi dan coklat – kedua-duanya boleh menjadi penyebab sakit kepala. Mereka yang minum kopi dengan kerap boleh mengalami kebergantungan kepada kafein.

Namun, apa yang peliknya, kafein dan coklat kedua-duanya boleh memberikan kelegaan kepada mereka yang sering pening kepala!

Menurut American Migraine Association, pengambilan kafein sebanyak 2 kali seminggu kadangkala efektif untuk melegakan pening kepala akut.

  1. Elakkan makan keju
    ⛔Orang kata, semakin berusia keju, semakin sedap! Tapi, tidak pula bagi mereka yang menderita sakit kepala. Makin berusia keju tersebut, makin kuatlah sakit kepala yang mereka alami!

Menurut laman sesawang Penn Medicine.org, keju yang mengalami proses penuaan seperti Swiss, Parmesan, Brie atau cheddar mempunyai tahap tyramine yang tinggi.

Bahan kimia yang wujud secara semula jadi ini boleh menyebabkan salur darah mengecut lalu mengakibatkan sakit kepala.

  1. Punca sakit kepala – Pengambilan daging
    ⛔Sekali lagi, tyramine merupakan dalang di sebalik pening kepala yang dialami mereka yang gemar makan daging.

Selain itu, cuba elakkan pengambilan daging proses seperti sosej, pepperoni, daging burger dan sebagainya. Kadangkala, bahan pengawet yang terkandung dalam makanan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala

  1. Kicap punca sakit kepala
    ⛔Siapa sangka kicap boleh buatkan anda sakit kepala.

MSG atau monosodium glutamate yang digunakan sebagai bahan aditif di dalam kicap sudah lama terbukti boleh membuatkan anda rasa kejang, alami cirit-birit dan menyebabkan sakit kepala.

Selain itu, kicap juga mempunyai jumlah garam yang banyak dan boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.

  1. Brain freeze disebabkan aiskrim
    ⛔Aduh, sakitnya kepala selepas makan aiskrim! Sedap memang sedap, tapi kalau makan banyak sangat nanti boleh diserang brain freeze pula!

Semua orang pasti pernah merasai sensasi yang tidak menyelesakan ini. Baru sahaja makan sesudu aiskrim, tiba-tiba terus sakit kepala disebabkan penangan brain freeze.

Tahukah anda, brain freeze sebenarnya satu bentuk sakit kepala?

Apabila anda makan sesuatu yang sejuk, sistem saraf akan ‘terkejut’ dan menyebabkan saluran darah dalam kepala untuk mengembang.

Reaksi inilah yang menyebabkan kepala anda jadi sakit. Nasib baiklah sensasinya hanya berkekalan selama beberapa minit.

Jadi, kesimpulannya, untuk mengelakkan sakit kepala anda berulang, sila alert dengan makanan-makanan yang dinyatakan di atas dan tandakan pada buku harian anda jika ada mengalami sakit kepala.

Sumber : Hellodoktor.com