
Jadi, tidak perlu pasang kipas angin ketika tidur?
Hakikatnya, tidur dengan pengaliran udara bukan satu kemahuan namun satu keperluan ekoran cuaca di negara kita terutamanya semasa musim panas.
Jadi, tidak salah untuk terus melakukannya atau beralih ke alternatif lain seperti memasang pendingin hawa atau penyaman udara dalam usaha mendapatkan tidur yang nyaman.
Pun begitu, anda mungkin perlu memastikan bahawa alat pengudaraan seperti kipas angin ini bebas daripada kotoran untuk mengelakkan pencetus alahan.
Anda juga mungkin boleh mengarahkan ia bukan tepat pada tubuh badan atau menggunakan tahap putaran yang rendah untuk tubuh badan lebih sihat.
Sumber : Hellodoktor.com