4 Mitos Tentang Kesihatan Di Malaysia

Lagi 4 Mitos Tentang Kesihatan Di Malaysia

  1. Suplemen lebih baik dari ubat
    ‼Dengan lambakan produk suplemen di pasaran, ditambah dengan pelbagai medium untuk mempromosikan produk tersebut termasuk radio dan televisyen, ada yang mendakwa bahawa suplemen lebih baik berbanding ubat sehingga mereka tidak mahu mengambil ubat.
  2. Tidak makan ubat tahan sakit kerana risau rosak buah pinggang
    ‼Tidak semua ubat tahan sakit menjejaskan buah pinggang. Ubat tahan sakit yang biasa digunakan seperti ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) memang boleh mengurangkan aliran darah kepada buah pinggang, tetapi ia hanya akan merosakkan buah pinggang jika digunakan dalam tempoh terlalu lama atau dalam dos yang terlalu tinggi. Jika anda menurut dos yang dipreskrip oleh doktor, buah pinggang anda akan selamat.
  3. Mengambil air tulang belakang menyebabkan lumpuh
    ‼Prosedur ini dinamakan lumbar puncture dan ia melibatkan jarum yang dicucuk antara tulang belakang, kebiasaannya antara tulang lumbar nombor 3 dan 4, untuk mengambil cecair yang mengelilingi urat saraf tunjang. Prosedur ini adalah selamat dan dilakukan oleh pegawai yang terlatih. Ia sangat penting untuk memberikan maklumat tertentu tentang pesakit terutamanya yang melibatkan penyakit saraf.
  4. Makan sebiji panadol akan kekal di dalam badan selama 5 tahun
    ‼Fahaman ini menyebabkan masyarakat takut mengambil panadol untuk menghilangkan rasa sakit atau pening kepala kerana risau panadol yang kekal di dalam badan boleh merosakkan buah pinggang. Panadol sebaliknya hanya kekal di dalam badan selama beberapa jam dan ia diuraikan oleh hati, bukannya buah pinggang.

Sumber : Hellodoktor.com